Watch Out by ZE:A

Jawapan teka teki Facebook

Kalau 1+1=2, jawapan lain dia apa?
:Jawapan lain dia salah la.

Lima pasang stoking direndam dalam Laut Merah. Setiap pasang stoking itu berwarna putih, hijau, biru, kuning dan hitam. Apa akan terjadi kepada semua stoking tersebut?
:stokin tu basahlah

Kenapa di tepi rel keretapi diletakkan batu kerikil?
:Kerana kalau diletakkan pisang goreng pasti jadi rebutan.

10 ekor burung sedang terbang, tiba-tiba guruh berdentum dengan kuat. 6 ekor burung terus terbang tanpa masalah tetapi 4 ekor burung telah jatuh ke bumi. Persoalannya kenapa 4 ekor burung itu jatuh ke bumi?
:Kerana 4 ekor burung itu menutup telinga dengan kepaknya dan menyebabkan burung burung tidak dapat terbang seperti biasa.

Dalam banyak banyak negara, negara apakah tidak boleh duduk?
;Negaraku.

Kalau seorang, sendiri tahu. Kalau berdua, dua-dua sama tahu. Kalau bertiga pulak, tiada siapa yang tahu kecuali orang yang buat. Kalau berempat, lagi lah tak tahu. Apakah dia?
:Kentut.