Watch Out by ZE:A

poster ramadhan...


1. Pertama anda Kuatkan Niat anda untuk berpuasa di Bulan Ramadhan dengan Ikhlas dan atas nama Allah. Sebab Niat adalah modal yang paling penting.

2. Laksanakan juga Sholat Fardhu secara tepat waktu dan kalau bisa biasakan berjamaah, dan juga usahakan untuk Sholat yang khusuk dan Ikhlas karena Allah.

3. Selalu berzikir setiap selesai melakukan sholat, agar lebih dekat dengan Allah.

4. Usahakan membaca Al Quran pada bulan Ramadhan untuk anda yang ingin lebih mendekatkan diri pada-Nya juga untuk menambah Pahala anda.

5. Jangan pelit memberikan sedikit uang dan secuil makanan pada oran yang kurang mampu, atau kalau perlu pertambah lagi sedekah anda. Agar rezeki anda tidak habis dan masih saja terus bertambah.

6. Yang paling penting adalah belajarnya mencintai Allah, karena semua akan lebih baik dan juga Allah akan mencintaimu juga kelak.





Tips untuk kekal cergas di bulan puasa


Penjagaan kesihatan di bulan puasa adalah penting agar kita dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna.Berikut adalah beberapa panduan untuk anda kekal cergas di bulan puasa.
  • Ambil makanan yang berkhasiat iaitu mengandungi karbohidrat, protein, vitamin, mineral serta sedikit lemak.
     
  • Lakukan aktiviti fizikal untuk meningkatkan metabolisme. Waktu yang sesuai untuk anda melakukan aktiviti fizikal ialah ½ jam sebelum berbuka ataupun selepas makanan yang dimakan hadam.
     
  • Minum banyak air terutama air kosong. Ini untuk mengelakkan dehidrasi kerana badan kita memerlukan air yang banyak.
     
  • Elakkan mengambil minuman yang berkafein kerana ia boleh menghalang penyerapan zat-zat makanan oleh badan. 
Semoga tips ringkas tersebut dapat membantu anda di bulan puasa yang penuh keberkatan ini!


Tips  Ramadhan 2011  | Persediaan diri untuk berpuasa dibulan ramadhan.
  • Seminggu sebelum berpuasa kita dikehendaki mengurangkan kadar makanan kita dan lebihkan makan buah-buahan serta sayur-sayuran.
  • Pastikan pembuangan air besar lawas.
  • Memahirkan diri dengan segala rukun, sunat, harus, makruh yang berkaitan dengan puasa pada Ramadhan, sunat tarawih dan lain-lain lagi  dengan memperbanyakkan bacaan tentang puasa dan ramadhan,
  • Membiasakan diri bangun pada sepertiga malam untuk bertahajud, mendekatkan diri pada Allah. Sebagai persediaan membiasakan tarawih dan tahajud pada ulan Ramadhan. Ramadhan adalah bulan rukuk dan sujud.
  • Memperuntukkan beberapa jumlah wang untuk dijadikan sedekah jariah dan zakat fitrah. Bagi mereka yang sudah akil baligh, maka belajarlah membayar zakat fitrah sendiri di bulan ramadhan.
  • Rancang strategi tersusun untuk memperbanyakkan hafalan, bacaan, tadabbur, tadarrus al-Quran di bulan ramadhan yang bakal menjelang.
  • Melatih dan membentuk diri bersifat mahmudah, sifat terpuji seperti sabar, membanyakkan senyuman kepada sahabat dan kerabat. Merendam sifat mazmumah, sifat keji seperti memfitnah, mengumpat dan mengata orang. Kurang bercakap lagha (merapu), tidak berbahasa lucah, kotor dan keji.
  • Oleh itu, dengan persediaan ini kita sematkan azam masing-masing untuk mencantikkan dan sempurnakan amalan fardu yang wajib dan membanyakkan amalan sunat didalam bulan Ramadhan 2011.
Insyaallah……
Video niat puasa di bulan ramadhan

Lafaz niat puasa (harian)
niatharianpuasa
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala
Lafaz niat untuk sebulan puasa

niatsebulanpuasa

Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala
Video niat buka puasa Upin Ipin di bulan ramadhan

Doa Berbuka Puasa
doaberbuka
Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.
Doa Selepas Berbuka Puasa
doasesudahberbuka
Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.
SEIRING TERBENAM MENTARI DI AKHIR SYA’BAN,
TIBALAH KINI BULAN RAMADHAN,
SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA RAMADHAN